Petaling Jaya, 14 Julai 2014 – Bazar Seindah Ramadan TV3 & TV9 yang diadakan hari Sabtu lalu (12 Julai) di AEON Bandaraya Melaka telah dibanjiri lebih 10,000 ribu pengunjung. Kemeriahan berganda apabila mereka berpeluang untuk bergambar dan berbual dengan lebih 30 artis kesayangan mereka di sana.

Buat pertama kalinya Bazar Seindah Ramadan anjuran TV3 & TV9 bekerjasama dengan AEON Co. (M) Berhad. Kawasan tapak bazar yang diadakan di pekarangan tempat letak kereta pasaraya tersebut mula dibanjiri pengunjung seawal jam 1.00 tengahari walaupun ianya bermula pada jam 3.00 petang. Sementara menunggu kemunculan para artis, pengunjung berpeluang bergambar di hadapan trak bergerak (mobile truck) Skuad Seindah Ramadan.

Penganjuran Bazar Seindah Ramadan ini ialah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara penonton setia TV3 & TV9 dan juga pelanggan AEON. Di samping mempromosikan program-program Ramadan Raya, pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk bergambar bersama duta-duta Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal TV3 & TV9 serta artis-artis yang terlibat dalam program-program Raya dan Ramadan kedua-dua buah stesen ini. Paling utama ialah sumbangan yang diberikan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan secara tidak langsung meraikan mereka untuk sama-sama merasai keindahan Ramadan ini.

Antara artis yang memeriahkan Bazar Seindah Ramadan di AEON Bandaraya Melaka ini ialah Afieq (Idola Kecil Ultra), Aisya Hasnaa, Ajaq (Idola Kecil), Anzalna Nasir, Azizah Ariffin, Azlee Khairi, Azwan Ali, Azwan Kombos, Chef Nik Michael, Eida Moin, Ezlynn, Faizal Hussein, Fir Rahman, Fiza Sabjahan, Hazreena Mohamed Kassim, Idzham Ismail, Khir Rahman, Izzue Islam, Lutfyah Sheikh Omar, Luqman Hakim, Man Pelawak, Nabihah Rosdi, Nor Azzura Azizul Azman, Sherry Al-Hadad, Shah Tapaw, Siti Saleha, Tajdid Hadhari, Ustaz Safwan, Yasin (Senario) dan Zulin Aziz.

10 gerai jualan juadah berbuka puasa disediakan di Bazar Seindah Ramadan AEON Bandaraya Melaka dan barisan artis yang hadir diberi tanggungjawab untuk menjualnya sehingga habis. Keadaan di bazar tersebut begitu meriah kerana para pengunjung bukan sahaja dapat bergambar dengan barisan artis, malahan secara tidak langsung, mereka juga beribadah dengan menderma kepada rumah anak yatim tersebut.

10 gerai yang sentiasa mendapat sambutan pada minggu lalu ialah :

TV3:

No Program Menu Nama Gerai Artis
 1. Geng Kampung Pisang Kek PisangPengat Pisang

Lepat Pisang

Pisang Ori 200% Idzham IsmailAzwan Kombos
 2. Jangan Ambil Lembu Kami Sup Ekor Lembu Sup-erb! YassinAfiq (IK)
 3. Kecoh Rojak petisLaksa

Popia Basah

Kerana terpaksa Ku Relakan EzlynnIeda Moin
 4. Ramadan Jangan Pergi Nasi Kukus Ayam Rempah Nasi Kukus Jangan Pergi Fir Rahman
 5. Azam Ramadan Su Chocolate CakeCaramel

Tepung Pelita

Sardine Roll

Su-weet Sokmo Faizal HusseinWatie

 

TV9:

 No Program Menu Nama Gerai Artis
 1. Makmal Masak Burger Burger Ultra Nik Chef MichaelAjaq (IK)
 2. Lari Kambing Golek Kambing Lari Golek Azwan AliAisha Hasnaa
 3. Diva Raya Kueh-Mueh Kueh Mueh Diva Bling Bling Zulin AzizSherry Al-Hadad
 4. Sketsa Raya Air Minuman Sirap Limau HahahaSirap Bandung Huhuhu

Sirap Sirap Selasih Hehehe

Aepul DramaBandKhir Rahman
 5. Pontianak Teng Teng Ayam Percik Ayam Percik Teng Teng Man PelawakShah Tapaw

 

Setiap hasil kutipan disalurkan kepada Kompleks Anak Yatim Fatimah Al- Zaharah, Bukit Katil Melaka. Selain itu, TV3 dan TV9 juga memberi duit raya kepada 50 pelajar yang hadir. Pada masa yang sama, Pihak AEON Co. (M) Berhad turut menderma RM10,000 kepada kompleks tersebut..

Selepas Melaka, Bazar Seindah Ramadan akan meneruskan perjalanannya ke AEON Mall Sri Manjung, Setiawan, Perak (19 Julai 2014). Kepada pengunjung di sekitar Lembah Klang, mereka masih lagi berpeluang bersua dengan duta-duta Seindah Ramadan TV3 & TV9 menerusi Skuad Seindah Ramadan di Pasar Seni/Central Market (14 & 15 Julai), Masjid Negara (16 Julai), AEON Taman Equine Mall, Seri Kembangan (20 Julai), Plaza Tol Jalan Duta pada waktu sahur dan Perhentian Rehat & Rawat Sungai Buloh (22 Julai).

Pada masa yang sama, Skuad Seindah Ramadan telahpun menemui orang ramai di lokasi-lokasi bazar Ramadan seperti di AEON Bukit Raja dan Wangsa Maju, Masjid Negara, Taman Teknologi Kota Damansara dan Kelana Jaya. Menerusi aktiviti ini, orang ramai berpeluang untuk bertemu dan bergambar dengan duta-duta Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal TV3 & TV9, antaranya

Para pengunjung yang berkunjung ke trak bergerak Skuad Seindah Ramadan juga boleh muat turun kad raya elektronik (e-card) dan kongsikan di laman sosial dengan #SeindahRamadan dan #AnugerahSyawal atau kiriman SMS kepada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Poskad raya ini menampilkan wajah duta-duta Ramadan dan Raya TV3 dan TV9.
Menerusi laman web rasmi, www.ramadanraya.com.my orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini tentang #SeindahRamadan dan #AnugerahSyawal. Hanya tekan butang SAMPAIKAN dan lihat aktiviti terkini #SeindahRamadan dan #AnugerahSyawal yang dikongsikan oleh pengguna-pengguna sosial media. Anda juga boleh kongsikan pengalaman #SeindahRamadan anda di laman sosial dan nantikan kejutan dari TV3 dan TV9 jika pengalaman anda terpilih.

Layari www.ramadanraya.com.my untuk mengikuti perkembangan terkini Skuad Seindah Ramadan dan Bazar Ramadan Seindah Ramadan TV3 dan TV9. Terus semarakkan bulan Ramadan dan Syawal dengan #SeindahRamadan dan #AnugerahSyawal di laman sosial.

-Tamat-

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI UNIT PERHUBUNGAN AWAM

 Muhammad Aziz Tel: 03-7726 6333 ext 5134 HP: 016 223 7576, email: [email protected]

Noor Farina Mohamed Ashrudin Tel: 7952 7999 ext. 9085 HP: 019 663 4584 email: [email protected]

Lee Chai Yin Tel: 03-7726 6333 ext. 5158 HP: 012 902 7510 email: [email protected]

Nur Yuzlieana Yusoff Tel: 7952 7999 ext. 9085 hp: 012 570 0953 email: [email protected]

 

Nota Kepada Editor

Mengenai TV3
Sejak penubuhannya pada tahun 1984, Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai TV3, stesen swasta siaran terestrial nombor satu di Malaysia telah berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai stesen televisyen peneraju utama di negara ini. TV3 memantapkan kedudukannya dengan pelaburan berterusan dalam menyediakan program berkualiti bagi tiga segmen penonton utama – Pasaran Massa, Wanita, Kanak-kanak dan Remaja dan juga dengan memperkenalkan konsep-konsep baru yang relevan kepada penonton dan situasi semasa.
Mengenai TV9
Sejak ditubuhkan pada 2006, TV9 telah mengembangkan sasaran kepada golongan muda dan tampil sebagai stesen percuma nombor 2 negara dan saluran sukaramai golongan kanak-kanak. Untuk mengekalkan kedudukannya pada tahun 2014 ini, TV9 akan terus memberi fokus kepada golongan muda masyarakat Melayu dan penonton di bandar tanpa melupakan penonton setia sedia ada. Ini dapat diterjemahkan menerusi penampilan yang lebih segar dengan menumpukan kepada hiburan, drama, komedi dan realiti untuk memuaskan kehendak segmen sasaran. Antara susunan menarik TV9 termasuklah Idola Kecil, Upin & Ipin, Apa Saja…FBI, Hip TV, Galaksi dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Post comment