MSU2

Buat julung kalinya, Management & Science University (MSU) bakal memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bersama Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) untuk sebuah kolaborasi untuk 3 tahun mendatang.

Perjanjian tersebut akan menyaksikan kerjasama dua jenama besar itu pihak dari aspek perkhidmatan konsultansi dan pembangunan modul program penyiaran berikutan dengan kursus yang bakal ditawarkan di MSU kelak.

Perjanjian ini juga akan melibatkan penempatan latihan industri dalam bidang penyiaran, perluasan program latihan akademik dan pertukaran kepakaran dan ceramah industri daripada RRMP kepada pelajar kursus terbabit.

Menurut jurucakap MSU, usaha ini dilihat mampu meningkatkan lagi tahap kebolehpasaran graduan MSU apabila mereka menceburi bidang kerjaya kelak. Mengikut kajian pengesanan graduan terkini, 98% graduan MSU mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas graduasi.

Perjanjian tersebut bakal diwakili Profesor Puan Sri Dato’ Dr Junainah Abd Hamid, Naib Canselor, Dato Rosli Yusof selaku Naib Presiden, Antarabangsa dan Komunikasi Korporat serta Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid, Presiden, MSU dan serta RRMP diwakili Seelan Paul, Ketua Pegawai Eksekutif dan Puan Anida Mohd Tahrim, Pengurus Besar Kumpulan.

RRMP melihat kolaborasi ini sebagai satu platform yang baik dalam melahirkan pelapis di dalam bidang penyiaran khususnya penyiaran radio.

END

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan MPRN, sila hubungi Unit Media MPRN:
Rynn Khiradin: [email protected] – 013 356 8039
Mazlyn @ [email protected] – 012 353 8860
Li Chin @ [email protected] – 012 690 3838

Untuk maklumat lanjut berkenaanMedia Prima Berhad, sila hubungi:
Media Prima Berhad at: 603- 1300 300 672 Ext: 8949 or 03 – 2724 8949
Azlan Abdul Aziz at [email protected] or 6012 – 6140522
www.mediaprima.com.my/http://twitter.com/MPBtalk

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Post comment