KUALA LUMPUR, 11 OGOS 2016 – Media Prima Berhad (“Media Prima” atau “Kumpulan”), kumpulan media bersepadu terulung di Malaysia hari ini mengumumkan persaraan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohamed Jawhar daripada jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (“NSTP”) berkuat kuasa pada 8 Ogos 2016.

Kumpulan juga mengumumkan persaraan Tan Sri Jawhar sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Media Prima berkuat kuasa 11 Ogos 2016. Beliau telah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah Kumpulan sejak bulan Ogos 2006.

Pihak Lembaga Pengarah Media Prima merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kepimpinan, dedikasi dan sumbangan beliau kepada NSTP dan Kumpulan. Datuk Seri FD Iskandar, Pengerusi Kumpulan Media Prima berkata, “Tan Sri Dato’ Seri Mohamed Jawhar telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai Pengerusi NSTP sejak tahun 2006. Sebagai Pengerusi yang paling lama dalam sejarah syarikat, kepimpinan serta tunjuk ajar beliau kepada pihak Pengurusan telah membolehkan NSTP mengekalkan kedudukan ulung di dalam segmen media cetak di Malaysia”.

NSTP telah berjaya menjana nilai kepada pemegang saham sepanjang tempoh perkhidmatan Tan Sri Jawhar. Beliau turut memainkan peranan yang penting di dalam memastikan pengursan tadbir urus korporat serta pelaksanaan amalan industri terbaik di dalam setiap aspek operasi NSTP.

Tan Sri Jawhar telah dan akan terus memberi sumbangan yang bermakna kepada inisiatif tanggungjawab korporat Kumpulan sebagai Pengerusi Tabung Kemanusiaan Media Prima, yang giat menyampaikan bantuan kepada mangsa bencana alam, keperluan perubatan dan bantuan kemanusiaan yang lain.

-Tamat-

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Media Prima Berhad di: 603 – 1300 300 672 Ext: 8949 atau 03 – 2724 8949
Azlan Abdul Aziz di [email protected]/ atau 6012-614 0522
www.mediaprima.com.my/http://twitter.com/MPBtalk

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Post comment